Friday, September 11, 2009

BELAJAR DARI KANAK-KANAK

Harap-harap kita semua ambik iktibar dari kanak.......

Hati kanak-kanak ni telus dan jujur
tapi bagi org dewasa jarang kita dapati
sebab realiti dunia yang tidak mengizinkan

Hati kanak-kanak ni tidak mudah terasa
apabila mereka bermain dengan gembira
apabila berlaku pergaduhan...
mereka segera menangis
dan selepas menangis mereka
tidak menyimpan dendam lagi....
ini yang patut kita pelajari dari mereka...
tapi tanyakanlah bagaimana hati kita


hati kanak-kanak lembut
mereka boleh memaafkan kesalahan orang
kekhilafan dibuang jauh-jauh
tapi bagi orang dewasa
mereka lebih cenderung keras hati
tidak mahu berfikir tentang diri dan ummah
beginikah kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW
tepuk dada tanya hati

hati kanak-kanak
mudah mempelajari
mudah memahami
bila keliru mereka bertanya
tapi bagi orang dewasa
mereka tidak bersedia dan cuba memahami
masalah keliru itu semakin ditambah dengan kejahilan
perubahan kadang-kadang membawa kita kepada kesesatan

0 comments: